Artikel

Proses Tambah-Baik Hak Pengguna Penerbangan – Dijangka Selesai Jun 2023 Ini

Lanjutan daripada usaha Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk meningkatkan perlindungan ke atas para pengguna – pihaknya memaklumkan usul pindaan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) disasar rundingan tersebut dapat diselesaikan pada Jun 2023 kelak.

Usul tersebut untuk makluman akan memperlihatkan pemerkasaan bayaran balik pada nilai asal harga tiket, hak penumpang, pas perjalanan dan penawaran syarikat terhadap tindakan membatalkan sesi penerbangan pengguna.

Tidak hanya hak penumpang, melalui cadangan pindaan ini – para syarikat penerbangan juga diminta mengemukakan pelan penyelesaian operasi mereka. Langkah ini bertujuan untuk persediaan operasi berdepan sebarang risiko krisis seperti gangguan pengurusan, ketirisan wang. Usaha itu sekaligus dapat mempersiapkan syarikat menampung kerugian yang bakal didepani pengguna di masa hadapan kelak.

Buat pengetahuan umum, ini bukanlah usaha pertama kali MAVCOM dalam meminda MACPC. Antaranya tahun 2019 berjaya memperlihatkan penambahbaikan dari aspek menghapuskan caj tersembunyi semasa penerbangan, demi kebajikan pengguna.