Dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala ekonomi antara Malaysia dan Indonesia melalui pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Presiden Joko Widodo, kini terdapat 10 syarikat tempatan menzahirkan hasrat melalui 11 surat niat (LoI) untuk laksana kerjasama membangunkan Nusantara, Indonesia.
Antara yang turut menyatakan hasrat itu adalah firma Carsome, pengendali kenderaan terpakai secara atas talian bagi pasaran Asia Tenggara.
Mengikut makluman, penyertaan Carsome pada pasaran baharu Indonesia itu akan bertindak mendigitalkan perdagangan automotif di Nusantara. Menerusi usaha itu ini akan mengukuhkan lagi penyertaan Carsome di pasaran serantau.
Selain penyertaan unicorn Malaysia itu, 9 lagi syarikat yang menyatakan minat yang sama adalah OSK Group, Berjaya Corp, Pharmaniaga, Alliance MEP (Sarawak), Protasco, Reneuco, Tenaga Nasional Bhd, Boustead Properties, dan Success Electronics & Transformer Manufacturer.