Artikel

RHB Now Akan Ditamatkan Efektif 31 Mac Ini – Beralih Kepada Perbankan Atas Talian Baharu

Selari dengan gagasan bank pusat negara untuk memperkukuhkan keselamatan perbankan – RHB Bank kini mengumumkan, akan menamatkan penggunaan perbankan internet atas talian RHB Now mulai 31 Mac 2023.

Langkah itu membawa kepada peralihan RHB kepada medium perbankan atas talian yang baharu. Ini bermakna, para pengguna kelak tidak akan dapat melaksanakan transaksi menggunakan menggunakan platform RHB Now klasik di pautan lama.

Oleh itu semua pengguna RHB diminta perhatian melaksanakan peralihan akaun kepada laman perbankan atas talian baharu RHB dengan memasukkan log masuk dan kata laluan yang sama, seperti mana yang digunapakai pada RHB Now. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan RHB Baharu ini dan kemaskini akaun anda untuk memudahkan transaksi perbankan.