Bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan negara dalam keadaan baik, Prasarana akan membelanjakan sekitar RM2.8 bilion untuk membaikpulih khidmat tren, bas dan kemudahan awam buat pengguna.
Perolehan dana melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) ini dimaklumkan akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan pengguna.
Usaha ini menurut Prasarana termasuklah menggantikan peralatan tren dan menambah jumlah tren yang dilihat tidak mencukupi untuk penggunaan semasa. Setakat 2022, jumlah purata harian pengguna adalah sekitar 720,000 penumpang.
520,000 penumpang didapati merupakan pengguna tren diikuti 200,000 pula adalah penumpang bas.
Menerusi usaha dana tambah-baik ini, ia akan memperkasakan matlamat MOT untuk memastikan khidmat KLR mencapai kekerapan 3 minit menjelang suku ketiga 2023 dengan penambahan tren kepada lebih 50 set tren pada tempoh yang sama.