Artikel

GrabAccess Bantu Warga OKU – Teroka Peluang Digital, Perkasa Kemudahan Khidmat

Memahami kekangan yang didepani warga Orang Kurang Upaya (OKU) pada perolehan kemudahan, Grab kini tampil dengan GrabAccess bersempena tahun kelima #BreakTheSilence.

Menerusi program ini, ia membantu meningkatkan pemahaman dan kesukaran OKU dalam perkhidmatan. Malah turut akan membuka peluang buat kumpulan ini dalam perkhidmatan ekonomi gig bersama Grab.

Ia merangkumi penyertaan selaku rakan pemandu, penghantar dan peniaga di medium Grab.

Maka usaha ini akan memperlihatkan penyediaan bantuan kewangan serta sesi latihan khas buat warga OKU untuk lebih memahami teknologi Grab. Melalui manfaat itu ia akan membantu warga OKU menjana pendapatan.

Buat pengetahuan umum, usaha ini telah mendapat sokongan bersama pencapaian kerjasama antara Grab dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Persatuan Pemandu Seru-Pandu OKU Fizikal Malaysia (PPEOFM). Adanya kebersamaan ini, ia akan memacukan lagi peluang pasaran buruh OKU tanpa mengugat keperluan kemudahan mereka.