Sejak tahun lalu, kos menunaikan ibadah umrah Malaysia diperlihat semakin meningkat dari semasa ke semasa – susulan kenaikan harga yang berlaku di Mekah dan Madinah.
Menurut makluman Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) peningkatan harga ini adalah tindak-balas pasaran tekanan kos yang didepani disana. Ia melibatkan kos pengangkutan dan penginapan perhotelan. Tambahan tekanan kos ini terus melonjak susulan permintaan yang tinggi dari pelbagai jemaah luar negara.
Untuk makluman setakat ini, paras harga hotel telah meningkat sehingga 110% kepada sekitar 1,200 riyal hingga 1,400 riyal.
Menerusi perkongsian ini, pihak MATTA bersama agensi yang terlibat memohon perhatian para jemaah untuk bersedia akan sebarang peningkatan kos mendadak. Ini kerana kenaikan harga pakej secara berkala berpotensi berlaku berdasarkan kenaikan harga di pasaran Kota Mekah dan Madinah.