Artikel

Kuasa Beli Rakyat Malaysia Dijangka Positif Pada Tahun Ini

Meskipun tahun ini terdapat jangkaan akan berlakunya kelembapan ekonomi susulan tekanan kos semasa – namun aliran perbelanjaan rakyat Malaysia dijangka kekal positif.

Situasi ini menurut Kenanga Research akan diimbangi dengan sokongan subsidi pentadbiran negara ke atas kos bahan api, elektrik serta barangan makanan terpilih. Ia secara langsung akan membantu meningkatkan keyakinan perbelanjaan dan melandaikan tekanan kos sara hidup dalam kalangan rakyat negara, khususnya B40 dan M40.

Tidak hanya itu, pada laporan Bernama peningkatan kuasa beli ini juga turut terdorong hasil pemulihan ekonomi yang semakin baik bersama lonjakan permintaan pelancongan juga turut membantu negara.

Menerusi peningkatan pelancong, ia sekaligus akan meningkatkan aliran ekonomi setempat meliputi penginapan, perkhidmatan, dan pengangkutan di negara. Akan tetapi kekal diakui risiko peningkatan kos berupaya berlaku menjejaskan aliran tunai rakyat negara.

Setakat ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan 4% dan disasarkan tekanan inflasi akan mulai reda pada separuh kedua 2023.