Artikel

KKM Kini Perkenal Label Ubat Cetakan Braille – Lebih Mesra OKU Penglihatan

Bagi memudahkan pengguna cacat penglihatan (OKU) memahami perincian label ubatan mereka, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mula melancarkan inisiatif baharu yang lebih praktikal – cetakan dalam Braille pada label ubat-ubatan.

Usaha ini dilihat lebih mesrra OKU dan menjamin maklumat yang lebih tepat berhubung keperluan preskripsi ubatan pengguna.

Pada peringkat awal, inisiatif tersebut akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara. Dan dijangka kemudahan tersebut akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU penglihatan.

Mengikut perincian, label cetakan Braille ini akan merangkumi nama ubat, serta penerangan kegunaannya untuk pesakit.