Susulan peningkatan kos bahan mentah di pasaran, pada pembukaan sesi persekolahan minggu ini – kelihatannya harga makanan di kantin sekolah turut melonjak, sehingga 50%.
Mengikut Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah pada laporan, tindakan meningkatkan harga makanan tersebut adalah bertujuan untuk menampung tekanan kos operasi semasa. Bagaimanapun kenaikan itu hanya melibatkan sebahagian menu sahaja, tidak menyeluruh.
Berdasarkan tinjauan, ini antara kenaikan kos yang berlaku adalah seperi Roti Canai naik kepada RM1.50, Ayam Goreng naik antara RM1.50 dan RM2.00 dan Nasi Lemak pula naik RM1.50.
Malah disebabkan berlakunya peningkatan kos, pihak persatuan juga turut menyaksikan hampir 50% pengusaha kantin bertindak tidak menyambung operasi dan digantikan dengan pengusaha baharu.
Setakat proses tender akhir tahun 2022, didapati lebih 40% pengusaha kantin adalah penyertaan baharu.