Artikel

Kesan Banjir : 12,000 Petani, Penternak Rugi RM111.95 Juta

Kesan banjir yang menimpa negara pada bulan lalu akibat bencana monsun timur laut (MTL), kini telah membawa kerugian berjumlah RM111.95 juta kepada sektor pertanian dan agromakanan Malaysia.

Krisis itu secara langsung turut membawa kerosakan dan kerugian melibatkan 12,000 petani, penternak serta pengusaha agromakanan tempatan negara dengan melibatkan sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian.

Meskipun berdepan bencana tersebut, Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (MAFS) kekal memberi jaminan aliran bekalan makanan negara masih terkawal dan mencukupi. Ini kerana krisis yang berlaku tertumpu di bahagian Pantai Timur, sementara di Pantai Barat tidak terlalu terancam.

Susulan impak krisis ini, MAFS akan menyalurkan bantuan dana serta sokongan pembiayaan untuk pemain industri membangunkan semula kerosakan yang dialami. Buat masa ini penyaluran RM1 juta untuk komuniti agromakanan telah diagihkan diseluruh negara.