Melalui peruntukan berjumlah RM13.2 juta, MR DIY Group – syarikat barangan penambahbaikan kediaman tempatan kini telah melaksanakan pembelian 80 kuarters pekerja asing di bawah pelan kuarters pekerja berpusat (PAPA).
Mengikut makluman Bursa Malaysia, langkah itu telah dicapai menerusi anak syarikatnya MR DIY Management Two bersama Y5 Develeopment dan U & Location bagi menyediakan kemudahan kediaman pekerja di Balakong, Selangor.
Adanya usaha ini, ia akan memudahkan MR DIY meningkatkan kecekapan pengurusannya bersamaa pekerja asing, di samping menjaga kebajikan mereka dalam operasi runcit.
Berdasarkan laporan pertimbangan pembelian bagi 80 unit kuarters itu melibatkan ukuran seluas 600 kaki persegi seunit sekitar RM165,000 seunit.