Artikel

Jepun Tawar Bayar RM34,000 Kepada Rakyat, Untuk Pindah Keluar Dari Tokyo

Ekoran populasi penduduk di Tokyo semakin padat dengan anggaran seramai 38 juta individu, maka pentadbiran Jepun kini menawarkan 1 juta yen bagi setiap anak pada isi rumah mereka untuk berpindah keluar dari bandar tersebut.

Langkah ini adalah sebahagian usaha negara itu untuk melaraskan kembali ekonomi luar bandar mereka yang dilihat semakin merundum. Mengikut laporan sekitar 1,300 majli perbandaran Jepun menyertai peralihan penduduk bandar itu untuk tingkatkan ekonomi setempat di perbandaran mereka.

Untuk makluman Jepun seperti Malaysia, menjadi antara negara yang bakal memiliki masyarakat tua yang tinggi. Faktor itu sekaligus telah membawa kepada tindakan anak muda Jepun, berhijrah ke pusat bandar mereka seperti di Tokyo dan ia mengakibatkan operasi di luar bandar alami kekurangan permintaan.

Buat pengetahuan umum, penawaran tunai ini bukanlah inisiatif kali pertama dilaksanakan – sebelum ini Jepun telah menawarkan sejumlah 300,000 yen untuk setiap anak kepada keluarga. Namun usaha itu tidak berjaya menarik minat penduduk bandar.

Hanya 2,400 individu (0.006%) daripada jumlah penduduk sahaja memilih untuk keluar dari bandar Tokyo pada 2021.