Artikel

Perodua Tidak Akan Naikkan Harga Kereta – Sekiranya Kos Bahan Api, Faedah Terurus

Penetapan harga kenderaan dijamin akan dikekalkan sekiranya faktor melibatkan kos bahan api dan kadar faedah pada pertumbuhan negara terus terurus.

Makluman Perodua pada hari ini, melihat pengekalan kos di paras yang wajar akan membantu jenama menepati permintaan harga semasa dalam kalangan pengguna. Selain usaha mengekalkan paras harga jualan, Perodua juga dijangka akan perkenalkan teknologi baru dalam produk mereka dan mempergiatkan usaha pelaburan dalam teknologi bersama pemain industri.

Langkah ini untuk meningkatkan momentum pasaran automotif negara, di samping merancakkan persaingan semasa. Berdasarkan pengeluaran tahun 2022, Perodua berjaya meraih peningkatan 49.5% kepada 289,054 unit. Di mana untuk Disember sahaja secara puratanya 1,000 kenderaan dikeluarkan dan didaftarkan setiap hari telah dicapai.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran seperti ketirisan bekalan cip dan peningkatan kos bahan mentah mendadak – Perodua kekal perolehi peningkatan jualan kenderaan.

Buat masa ini, keutamaan Perodua adalah untuk menghantar kenderaan Perodua kepada pelanggan yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan. Ini kerana harga kenderaan dalam tempoh tersebut telah dikekalkan seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023.