Artikel

Nilai Ringgit Dijangka Terus Mengukuh Pada 2023 – Tengku Zafrul

Tatkala dunia dimomok dengan cabaran akan aliran ekonomi yang lebih perlahan pada tahun ini, namun Malaysia melihat masih terdapat peluang yang baik untuk ekonomi negara mengukuhkan landskap pelaburan serantau.

Mengikut pandangan Tengku Zafrul-Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama CNBC, antara sudut positifnya adalah tindakan China ingin membuka semula sempadan memberi petunjuk yang baik untuk perdagangan Malaysia. Ini kerana ia adalah rakan dagangan terbesar negara. Setakat Disember lalu, China memiliki nilai eksport bersama negara sekitar RM18.9 bilion.

Melalui kelangsungan pembukaan ini, ia akan merancakkan lagi aliran eksport dan ekonomi negara.

Selain petunjuk itu, Tengku Zafrul turut optimis akan kedudukan Ringgit yang dijangka terus mengukuh pada tahun 2023. Ini akan diimbangi dengan pertumbuhan Malaysia yang dijangka mencapai 4% bersama paras inflasi sekitar 4% dan kadar pengangguran pula 3.6%.

Buat pengetahuan umum, nilai mata wang tempatan telah menyusut nilai sebanyak 6% bagi tahun 2022.