Artikel

Perlis Wajibkan Peniaga, Pekerja Kedai Makan Dan Minuman – Pakai Pelitup Muka

Setelah Selangor melaksanakan kewajiban peniaga dan pekerja makanan, minuman untuk memakai pelitup muka – kini tindakan yang sama turut dikuat kuasakan pentadbiran negeri Perlis.

Usaha itu adalah tindak-balas negeri untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di samping meningkatkan kesejahteraan kebersihan permis makanan.

Selain mewajibkan langkah itu, para peniaga dan pekerja turut disarankan mengamalkan kebersihan tangan dan sentiasa sanitasi tangan sebagai langkah kesihatan yang lebih proaktif.

Buat pengetahuan umum, tidak hanya Selangor dan Perlis bahkan kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan kini turut mempertimbangkan kewajiban pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak.

Mengikut situasi kesihatan semasa, KKM memaklumkan terdapat dua varian COVID-19 telah dikenalpasti iaitu BA.5.2 dan BF.7 di Malaysia. Di mana varian tersebut merangkumi 80% daripada varian yang menular di China.