Artikel

Isu Tidak Mesra Pengguna OKU : Status JKMPay Akan Diketahui Bulan Ini

Susulan fungsi JKMPay yang bertindak selaku medium pembayaran nirtunai buat orang awam tidak lagi dilihat sebagai sebuah sistem mera pengguna – terutamanya dalam kalangan warga Orang Kurang Upaya (OKU). Maka statusnya pelaksanaannya kini telah dikaji dan akan diketahui pada bulan ini.

Buat pengetahuan umum, projek rintis pembayaran nirtunai yang telah dilancarkan sejak 9 April 2021 ini adalah bertujuan mengagihkan dana bantuan 50% secara kredit di bawah Kad Cashless JKMPay. Di mana akses itu akan membolehkan perbelanjaan pembelian dilaksanakan di kedai berdaftar di seluruh negara.

Akan tetapi ekoran sistemnya dilihat tidak memudahkan para pengguna, maka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah laksana kajian meneliti kembali akses tersebut.

KPWKM pada laporan turut memaklumkan ketersediaan mereka menamatkan JKMPay sekiranya didapati akses tersebut tidak menepati kemudahan semua pihak secara menyeluruh.

Setakat ini terdapat gesaan untuk pentadbiran negara mengekalkan semula pembayaran elaun pekerja OKU (EPOKU) dan bantuan lain secara wang tunai sepenuhnya.