Artikel

Amazon Bakal Berhentikan Lebih 17,000 Pekerja

Lanjutan daripada rancangan syarikat teknologi Amazon untuk memberhentikan sebahagian pekerjanya, kini diteruskan apabila terdapat rancangan sekitar lebih 17,000 pekerjanya akan terjejas.

Mengikut laporan Wall Stret Journal, antara bahagian yang bakal terkesan meliputi segmen korporat syarikat tersebut. Menerusi langkah ini, ia tidak sekadar menandakan persiapan kumpulan untuk mengikuti aliran tekanan kos operasi dan ekonomi yang lebih perlahan. Namun ia juga dilihat sebagai tindak-balas operasi untuk menggandakan siling gaji asas syarikat kepada petugas.

Seperti umum sedari, tahun lalu Amazon telah memaklumkan akan menamatkan jumlah petugas sekitar 10,000 namun jumlah terbaharu ini dilihat jauh lebih tinggi daripada perancangan awalnya.