Artikel

Pekerja Malaysia Kini Lebih Cenderung Beli-Belah Atas Talian – Selepas Waktu Bekerja

Pilihan medium membeli-belah untuk rakyat Malaysia ketika ini semakin meluas, ia tidak terhad kepada fizikal tetapi juga kepada pembelian secara atas talian. Meliputi platform e-dagang, aplikasi gaya hidup dan media sosial.

Kelebihan ini secara langsung telah mengubah tingkahlaku pembelian pengguna, akan tetapi tinjauan iPrice pada data Ogos 2022 mendapati – akses tersebut tidak mengugat tumpuan pengguna negara ketika waktu bekerja.

Mengikut kajian,rata-rata pekerja negara cenderung untuk laksana perbelanjaan atas talian selepas waktu bekerja. Malah tinjauan turut mendedahkan aktiviti pembelian e-dagang aktif berlaku sekitar jam 12 tengahari ketika waktu berehat dan pada jam 8 malam sehingga 11 malam.

Perubahan ini ternyata berbeza dengan masa pembeliaan pekerja pada tahun 2021 – di mana aliran pembelian rancak ketika jam 4 petang, sebelum tamatnya waktu bekerja.

Perbezaan ini menurut data didorong hasil penambahbaikan aplikasi dan medium e-dagang di negara, seperti sokongan akses pembayaran yang lebih efisien, tawaran promosi dan ganjaran selepas waktu bekerja menyebabkan keyakinan pengguna untuk berbelanja pada tempoh tersebut lebih tinggi.