Pada sidang media sebentar tadi (4 Januari), menyentuh soal penetapan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan kadar tersebut adalah keputusan dibawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) melalui sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
Malah turut dijelaskan pelarasan OPR di bawah BNM juga adalah berlandaskan aturan undang-undang negara.
Maka segala kenaikan OPR yang dijangka akan berlaku kelak, bukanlah di bawah keputusan Kementerian Kewangan (MOF). Namun tindakan perbincangan secara bersama masih boleh dilakukan kedua pihak, antaranya untuk mengukur status ekonomi semasa, khususnya melibatkan pandangan pada pembentukan rangka Belanjawan 2023 tidak lama lagi.
Setakat ini, paras OPR Malaysia adalah 2.75% dan terdapat jangkaan ia akan alami peningkatkan pada pengumuman pertengahan Januari kelak.