Artikel

Peniaga Amal Transaksi Nirtunai, Bakal Terima Insentif – MPS

Seiring dengan perkembangan akses pembayaran di negara, para peniaga kini dilihat wajar menyediakan kemudahan transaksi secara nirtunai (tanpa tunai) buat pengguna. Ia tidak sekadar memudahkan proses jual-beli tetapi turut mendidik masyarakat semasa akan manfaat teknologi.

Menyedari kepentingan itu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika ini sedang merancang meningkatkan penyertaan peniaga pada akses nirtunai tersebut dan kelak akan mula memberi insentif kepada peniaga yang mengamalkan kaedah tersebut.

Bagi peringkat awal, pihaknya telah mengenalpasti kawasan Bandar Baru Selayang selaku lokasi perintis untuk pelaksanaan insiaitif ini dan dimaklumkan insentif tersebut akan diberi dalam bentuk wang bagi tujuan meningkatkan motivasi para peniaga.