Seiring dengan agenda untuk melandaikan kadar jenayah di Malaysia, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat tiada keperluan untuk menambah premis penjara di negara. Namun terdapat perancangan untuk menambah-baik infrastruktur penjara sedia ada.
Antaranya melibatkan penjara yang berusia lebih 100 tahun.
Menerusi perancangan itu, beberapa cawangan penjara telah dikenalpasti seperti Penjara Alor Setar-Kedah, Penjara Pulau Pinang, Pusat Koreksional Kamunting-Perak, dan Penjara Pengkalan Chepa-Kelantan.
Adanya pelan penambahbaikan ini, ia bertujuan menjadikan infrastruktur penjara lebih kondusif dan kemanuasiaan buat banduan serta kakitangan Jabatan Penjara. Sementara itu, pada aspek ekonomi KDN turut berhasrat menjadikan Program Koreksional sebagai keutamaan medium buat kumpulan banduan dalam pasaran kerja negara.
Setakat ini pelaksanaan program tersebut telah menyaksikan kerjasama dengan 283 syarikat, di mana pihak mereka menerima permohonan pekerja dalam kalangan kumpulan banduan negara.