Sejak awal tahun lalu sehingga akhir 2022, aliran kos makanan ternakan negara telah memaparkan peningkatan secara berturutan. Ini dapat diperlihat pada kenaikan harga soya dengan 16.2%, diikuti jagung dengan 34.8%.
Berdasarkan pemerhatian bank pelaburan Affin Hwang ini, secara puratanya harga makanan ternakan semasa telah naik sehingga 34%. Situasi tersebut secara langsung menjejaskan margin keuntungan penternak tempatan.
Apabila kenaikan bekalan seperti jagung terjejas ini antaranya menjadi faktor mengapa pengeluaran telur ayam dan ayam memaparkan peningkatan harga di pasaran.
Peningkatan harga komoditi itu mengikut laporan BH secara langsung tidak sekadar menjejaskan penternak bahkan juga membawa kesan kepada pengeluar dan pengguna.