Artikel

FamilyMart Malaysia Sasar Buka 60 Cawangan Setahun

QL Resources Bhd iaitu pemegang francais induk FamilyMart Malaysia kini meletakkan sasaran untuk jenama tersebut membuka 60 cawangan setahun bagi memiliki 600 cawangan menjelang 2027 kelak.

Perancangan ini mengikut laporan BH turut melibatkan matlamat QL membuka 96 buah unit FamilyMart Mini di lokasi trafik tinggi untuk merancakkan jualan pasarannya.

Buat pengetahuan umum, setakat suku ketiga kewangan 2023 FamilyMart Malaysia memiliki 325 cawangan di seluruh negara dan 70% daripada jualan berpaksikan kepada produk makanan dan minuman. Sementara 30% pula adalah produk yang dijual dari hab dapur jenama.

Melihat pada agenda itu, tahun kewangan 2023 diramal terus mengukuh manakala tahun 2024 pula akan memperlihatkan sedikit tekanan susulan jangkaan peningkatan kos pada operasi ternakan di Malaysia disasar berlaku.