Kerajaan Melaka kini menyatakan mereka sedang melakukan pemantauan, dan tidak mustahil Melaka mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat orang ramai, sekiranya angka kes Covid-19 memperlihatkan peningkatan.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan membuat pemantauan untuk tempoh dua minggu, sebelum sebarang penguatkuasaan dilaksanakan.
Buat masa ini, seluruh dunia kembali bimbang dengan angka Covid-19 yang mula meningkat – membawa kepada kerisauan berkaitan kesihatan dan juga ekonomi.
Beberapa negeri juga telah mula mengetatkan pintu masuk mereka untuk mengelak pelancong dengan Covid-19 memasuki negeri tersebut. Orang ramai juga turut digalakkan untuk mengambil dos penggalak untuk mengekang penularan wabak Covid-19.