Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, pastinya pembelian buah limau mandarin atau lokam akan menjadi antara tumpuan rakyat Malaysia. Akan tetapi kemeriahan kali ini dimaklumkan akan memperlihatkan jualan limau mandarin sedikit mahal berbanding tahun lalu.
Menurut makluman Persatuan Pemborong Buah-Buahan Kuala Lumpur pada pertengahan Disember lalu, kenaikan harga itu akan berlaku disebabkan hasil pengeluaran limau mandarin kini didapati berkurangan sekitar 30%. Penurunan hasil tuaian ini sekaligus telah memberi kesan kepada harga jualannya mengikut saiz limau.
Walaupun kos logistik telah menurun namun kesan penurunan pengeluaran kekal memberi tekanan kepada harga jualan limau di pasaran.
Mengikut laporan China Press, harga borong semasa limau mandarin atau lokam 4kg adalah sekitar RM18 (saiz M), RM22 (saiz L) dan RM28 (saiz XL).