Artikel

Hanya 20 Syarikat Dikenakan Saman Melibatkan Isu Pencerobohan Data, Sejak 2017

Data sejak tahun 2017 sehingga kini mendapati sekitar 20 syarikat sahaja yang dikenakan saman berhubung isu pencerobohan data melibatkan pengguna.

Tinjauan dalam tempoh 6 tahun tersebut juga mendapati pengenaan denda yang dilakukan secara puratanya adalah sebanyak RM24,00 bagi setiap satu kesalahan.

Jumlah itu menurut laporan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bersama BFM Radio’s Breakfast Grille diperhatikan lebih rendah dan mencadangkan tindakan semakan semula undang-undang perlu dilaksana segera untuk melindungi kesejahteraan data pengguna dari semasa ke semasa.