Pasaran buruh di negara kini semakin meluas dengan penyertaan pelbagai segmen ekonomi, lebih menarik data 2021 menunjukkan penyertaan tersebut telah menggandakan jumlah pekerja informal di Malaysia kepada 3.50 juta individu.
Jumlah tersebut bersamaan dengan 23.2% daripada jumlah guna tenaga negara. Peningkatan ini menurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada minggu lalu adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya – dan ia didorong kesan pandemik COVID-19 sebelum ini.
Sebagai perincian, lebih 70% guna tenaga dalam sektor informal dikategorikan bekerja sendiri, dan kategori pekerja. Kedua-dua kategori ini telah memaparkan peningkatkan jumlah pekerja sekitar 2.0% dan 8.0%.
Manakala DOSM turut dapati sekitar 67.5% pekerjaan informal ini dikelaskan dalam sektor perkhidmatan, diikuti pembuatan (19.1%) dan pembinaan (13.4%). Bagi sektor perkhidmatan ini memperlihatkan perkhidmatan kerja seperti penghantaran, penjaja makanan, pemandu, pengasuh, dan pekerja am.
Sementara kapasiti pekerjaan informal melibatkan pertanian pula – jelas menunjukkan pekerja lelaki masih menguasai dalam pasaran buruh. Di mana pekerja lelaki seramai 2.13 juta dan pekerja wanita pula 1.37 juta orang.
Pekerjaan informal merujuk kepada mana-mana pekerja yang tidak miliki sekurang-kurangnya satu sistem keeselamatan sosial atau faedah pekerjaan seperti dana pencen; insurans kesihatan asas; insurans kecederaan; faedah hilang upaya; cuti tahunan berbayar; cuti sakit berbayar; cuti bersalin berbayar dan insurans pengangguran.