Menyedari potensi yang dimiliki Pulau Pinang dalam pelancongan perubatan, kini pentadbiran negeri melalui Penang Centre of Medical Tourism (P.MED) telah memeterai kesepakatan bersama Citilink Airlines Indonesia.
Untuk makluman data 2019 menunjukkan Pulau Pinang telah menerima hampir 480,000 pelancong perubatan dan data terbaharu menunjukkan pentadbiran negeri telah meraih hampir 50% daripada jumlah sebelum pandemik COVID-19.
Menerusi kerjasama ini, ia sekaligus memaparkan kualiti pelancongan negeri tidak hanya tertakluk kepada destinasi kepulauan atau hiburan tetapi segmen perubatan turut menjadi pilihan utama dari negara jiran.
Menurut Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) sejak tahun 2015 hingga 2019, industri pelancongan perubatan negara telah berkembang pada kadar purata 17%.
Adanya kolaborasi ini ia akan mengukuhkan lagi kualiti dan pasaran buruh khidmat kesihatan negeri untuk permintaan pengguna antarabangsa.
Pelancongan perubatan merujuk kepada destinasi pelancong untuk dapatkan khidmat kesihatan di negara lain. Penawaran ini melibatkan rawatan di premis kesihatan dan hospital yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.