Artikel

Pembayar Cukai Kini Boleh Mengakses Program Memfail Borang Nyata 2023

Bagi memudahkan kumpulan pembayar cukai memahami panduan mengemukakan keuntungan serta pembayaran cukai mereka, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini telah memuat naik akses Program Memfail Borang Nyata (BN) 2023 pada laman rasmi portal.

Ini bermakna, pembayar cukai kini boleh mengakses dokumen tersebut sebagai rujukan untuk mengemukakan BN mereka pada tahun 2023.

Para pembayar cukai hanya perlu layari laman rasmi LHDN dan pergi kepada bahagian Borang dan klik pada Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi tahun 2023.

Berikut capaian pautan dokumen versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

Pada masa yang sama LHDN turut menggalakkan pembayar cukai dan para majikan menggunakan kemudahan e-Filing untuk kemukakan BN – yang akan menjadi medium mengemukakan borang sepenuhnya pada masa hadapan. Selain itu, bagi menjimatkan masa pada tindakan e-Filing, para majikan juga digalakkan untuk kemuka data saraan pekerja tahun 2022 melalui aplikasi e-Data Praisi/e-CP8D bgi tujuan praisi e-borang pekerja (e-BE/e-B/e-BT/e-M/e-MT) tahun taksiran 2022.