Kementerian Kerja Raya kini mengumumkan kadar tol untuk dua lebuhraya di Lembah Klang, iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan juga Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan diturunkan bermula 1 Januari 2023 kelak.
Dengan perubahan ini, kenderaan kelas satu yang melalui Lebuhraya Besraya akan hanya membayar RM1.85 sehala berbanding RM2 pada hari ini.
Disamping itu, kadar keseluruhan Lebuhraya Lekas akan menurun kepada RM7.80 sehala berbanding RM8.30 pada hari ini.
Penurunan kadar tol ini adalah sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol yang telah diputuskan Kerajaan.