Artikel

Sabah Wajibkan Semua Pengembara Dari China Lalui Ujian Covid-19 Bermula 1 Januari

Disebabkan oleh kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara China, kini Sabah menguat-kuasakan peraturan baharu, memerlukan semua pengembara dari China yang ingin ke Sabah, wajib mempunyai keputusan negatif Covid-19 dan menunjukkan ia sebelum memasuki negeri tersebut.

Peraturan ini akan dikuat-kuasakan bermula 1 Januari 2023, iaitu hari Ahad ini. Keputusan negatif ini perlu dimiliki sebelum berlepas dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan masuk ke negeri tersebut.

Langkah ini diambil dalam mengelak sebarang penularan baharu berlaku yang mungkin memberikan impak kepada pelbagai perkara di negeri tersebut.