Solana, salah satu kriptowang popular sebelum ini, memperlihatkan penurunan sepanjang tahun ini, dan kini dilihat jatuh dibawah RM50 untuk setiap satu Solana.
Kali terakhir ia berada pada nilai sekitar ini adalah pada Februari 2021 lepas. Namun, kriptowang ini hanya dibenarkan dagangannya di Malaysia pada tahun ini.
Dengan nilai terbaru ini, ia memperlihatkan kejatuhan sehingga 94% berbanding pada tahun lepas ketika Solana berada pada nilai kemuncak.
Kejatuhan nilai Solana ini dilihat disebabkan kejatuhan bursa dagangan FTX disebabkan oleh masalah pengurusan kewangan. FTX dikatakan mempunyai pegangan yang tinggi pada Solana, dan ekosistem SOL.
Disamping itu, beberapa projek juga mengumumkan akan beralih ke rantaian-blok lain pada 2023 kelak, sekaligus memberikan impak ke atas nilai Solana ini.