Artikel

Peniaga Makanan, Minuman Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka – Mulai 1 Januari 2023

Selari dengan agenda negara meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan kesihatan, merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor dimaklumkan para peniaga dan pengusaha makanan serta minuman wajib memakai pelitup muka – berkuat kuasa 1 Januari 2023 ini.

Makluman rasmi pada portal Facebook Majlis Perbandaran Selayang ini turut menegaskan syarat tersebut wajib dipatuhi oleh setiap penyedia sebagai langkah menjaga kebersihan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, para peniaga berkaitan akan berdepan tindakan kompaun. Ini kerana langkah ingkar akan syarat tersebut adalah menjadi antara syarat untuk kelulusan lesen perniagaan.

Penguatkuasaan ini secara langsung melibatkan peniaga, pengusaha restoran dan penjaja makanan serta minuman di Selangor.