Artikel

OCBC Perkenal “OCBC Kill Switch” – Bekukan Akaun Anda Serta-Merta, Dan Elak Sebarang Transaksi Keluar

Dalam menangani masalah scam yang makin berleluasa, kini OCBC perkenal sebuah ciri baharu, dinamakan OCBC Kill Switch. Melalui ciri ini, pengguna boleh mengaktifkannya, sekaligus ia akan membekukan akaun bank dan juga kad pengguna tersebut. Ini sekaligus mengelak sebarang transaksi wang keluar berlaku pada akaun dan kad pengguna tersebut.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengambil langkah proaktif dan membekukan akaun mereka apabila mereka mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku.

Sebaik sahaja ia diaktifkan, semua transaksi akan dibekukan, termasuk secara digital, melalui ATM, atau cawangan OCBC.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu membuat panggilan ke talian 03-8317 5000 dan memilih pilihan “8”.

Pengguna juga seterusnya boleh nyah-beku OCBC Kill Switch, dan mengembalikan akaun mereka seperti biasa selepas itu.