Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina yang akan hadir pada Januari 2023 kelak, kini AirAsia mengambil langkah awal, dan mengumumkan harga tambang pada kadar tetap sepanjang tempoh 17 Januari sehingga 30 Januari 2023.
Dibawah kadar tetap ini, tambang penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak adalah RM199 sehala, dan RM249 sehala dari Semenanjung ke Sabah. Namun, tambang ini tertakluk kepada penerbangan khas sahaja bersempena Tahun Baru Cina, dan bukan untuk semua penerbangan dibawah AirAsia.
Sebanyak 52 penerbangan khas dijangka ditawarkan pada tarikh berkenaan, dan kebanyakkan penerbangan ini adalah pada waktu malam dan tengah malam. Bagi anda yang berminat, boleh rujuk laman AirAsia untuk melihat penerbangan yang tertakluk dan masa penerbangannya.