Artikel

Berjaya Corp Dalam Penilaian Untuk Membeli Sebuah Entiti Dengan Lesen BNM

Berjaya Corporation Berhad kini berkongsi mengatakan mereka dalam penilaian untuk mengambil-alih sebuah syarikat atau entiti yang mempunyai lesen Bank Negara Malaysia dibawah Akta Khidmat Kewangan 2013.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah syarikat yang dalam perancangan untuk diambil-alih oleh Berjaya ini.

Sejak kebelakangan ini, beberapa perkhidmatan berasaskan kewangan mula mendapat perhatian ramai, termasuk perkhidmatan seperti dompet digital, perkhidmatan BNPL, dan sebagainya.

Berjaya Corp sendiri sebelum ini pernah menawarkan khidmat kewangan melalui MOL, selain masih mempunyai penawaran GoPayz melalui U Mobile. Dengan pengambil-alihan baharu ini, Berjaya dilihat ingin terus memperluaskan khidmat kewangan dibawah mereka, dan menyasarkan pengambil-alihan ini akan menyumbang besar kepada pendapatan mereka.