Kerajaan kini berkongsi perkembangan terbaru, memberikan kelonggaran kepada syarikat dengan kurang lima pekerja untuk mengimplementasi gaji minima RM1,500 sehingga Julai 2023 kelak.
Sebelum ini, tarikh tersebut adalah pada 1 Januari, dan kini ia diberikan kelonggaran sehingga Julai 2023.
Dengan kelonggaran ini, ia dijangka memberikan keperluan kepada majikan dalam menyusun kewangan mereka untuk lebih stabil, apatah lagi dengan keadaan ekonomi semasa.
Walaubagaimanapun, untuk syarikat dengan lima pekerja atau lebih, perlu melaksanakan gaji minima RM1,500 kepada semua pekerja mereka.