Artikel

Perlis Akan Melakukan Projek Rintis Jualan Minyak RON95 Tanpa Subsidi Untuk Kenderaan Asing

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini menyatakan akan memulakan projek rintis di Perlis, untuk menjual minyak untuk petrol RON95 dan juga diesel tanpa subsidi.

Jualan ini akan menyasarkan kepada kenderaan dengan nombor pendaftaran asing yang masuk ke Malaysia melalui sempadan Perlis.

Dengan langkah ini, ia akan mengatasi masalah ketirisan bahan bakar tersebut, dan subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia sahaja.

Ujian rintis ini akan dilakukan selama tiga bulan lamanya. Sekiranya berjalan lancar, implementasi sama dijangka akan turut dilakukan dinegeri lain yang turut bersempadan dengan negara jiran.