Artikel

Bloomberg Dilaporkan Berminat Untuk Ambil-Alih Media Lain Seperti WSJ Atau Washington Post

Bloomberg merupakan salah satu media yang sering dituju untuk pelbagai berita melibatkan kewangan dan perniagaan. Kini, pengasasnya, Michael Bloomberg dilaporkan sedang melihat untuk mengembangkan empayar media beliau dengan mengambil-alih satu lagi syarikat lain.

Ia dikatakan beliau melihat kepada syarikat seperti Dow Jones (sebalik WSJ) atau pun Washington Post dalam memperluaskan empayar media dibawah Bloomberg.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan masih pada peringkat awal, dan tiada sebarang perbincangan telah dimulakan buat masa ini. Namun, sekiranya pengambil-alihan ini berlaku, Bloomberg akan terus mengukuhkan kedudukan dalam arena berita perniagaan dan analisa kewangan.