Artikel

Subsidi Petrol Bersasar, Data JPJ Antara Yang Diguna Untuk Kenal Pasti Pengguna – KPDN

Antara kayu pengukur yang akan diteliti pentadbiran Malaysia berhubung pelaksanaan subsidi petrol bersasar melibatkan RON95 tidak lama lagi – adalah pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi kerjasama dalam perkongsian data ini, ia membolehkan kerajaan untuk memahami dan mengenalpasti kuasa kuda (cc) kenderaan golongan bersasar yang bakal menerima manfaat subsidi petrol tersebut.

Selain usaha itu, satu pendekatan segera juga sedang dilaksanakan pentadbiran untuk mengklasifikasikan kumpulan atau individu bagi langkah pengagihan subsidi bersasar kelak.

Sebelum ini, pembentangan berhubung subsidi bersasar telahpun dilaksanakan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim namun pendekatan tersebut sedang diperincikan semula dan ditambahbaik.

Berbalik kepada penggunaan data JPJ ini, langkah tersebut menurut laporan telah dicapai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) secara bersama melalui perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi.