Kadar perbandaran di Malaysia dilihat semakin meningkat kepada 75.1% dengan jumlah 24.4 juta penduduk bagi tahun 2020. Tahap pengembangan ini telah melonjak berbanding 70.9% dengan 19.5 juta penduduk pada 10 tahun lalu.
Peningkatan ini mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah didorong oleh perkembangan lokasi bandar di setiap negeri. Seperti yang umum ketahui Selangor terus mencatkan jumlah penduduk bandar tertinggi dengan 6.7 juta manakala Sabah pula mencatatkan jumlah pennduduk luar bandar tertinggi dengan 1.5 juta.
Manakala kedudukan penduduk mengikut etnik pula di bandar menunjukkan Bumiputera (62.6%), Cina (28.6%), India (8.1%), lain-lain (0.7%) dan bukan warganegara (7.6%). Sementara luar bandar pula turut menunjukkan etnik Bumiputera kekal dominan (90.4%), diikuti Cina (6.3%), India (2.4%), Lain-lain (0.9%) dan bukan warga negara (10.3%).
Secara menyeluruh DOSM dapati isi rumah bandar pada 2020 adalah 6.3 juta penduduk dan luar bandar pula 1.9 juta. Maka melalui peningkatan kadar perbandaran ini, Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran di bawah Rancangan Fizikal Negara ke-4 untuk mencapai kadar perbandaran pada tahap 85% menjelang 2040 kelak.