Artikel

Semua Rumah Harga Bawah RM300,000 Di Putrajaya – Bakal Terima Potongan 30% Cukai Taksiran

Menyedari tekanan kos semasa yang didepani kumpulan M40 dan B40 di Putrajaya, PM Anwar kini memaklumkan semua kediaman yang berharga di bawah RM300,000 akan menerima pengurangan 30% dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan bermula tahun 2023.

Pegurangan ini dilihat selaras dengan matlamat Kerajaan Perpaduan unyuk meringankan bebanan penduduk M40 dan B40 di Putrajaya. Potongan 30% akan diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini – berjumlah sekitar hampir 8,500 unit kediaman.

Menerusi penawaran itu, ia akan dikuat kuasakan pada 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.