Artikel

Kementerian Wilayah Persekutuan Distruktur Semula, Kini Jabatan Wilayah Persekutuan

Kementerian Wilayah Persekutuan kini telah distruktur semula menjadi kepada Jabatan Wilayah Persekutuan – ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Makluman ini menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki akan memperlihat peranan jabatan membincangkan isu kritikal berhubung permasalahan semasa serta cadangan pelaksanaan dasar pembangunan lestari melibatkan penduduk di WP.

Kenyataan itu telah dikongsikan pada sesi taklimat JWP bersama Perdana Menteri Anwar ketika perbincangan struktur pentadbiran WP pada pagi hari ini – yang dijalankan secara tertutup di Menara DBKL.