Artikel

ASB Agih 4.60 Sen Seunit, Dividen Sedikit Menurun Kesan Pasaran Semasa

Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini telah mengumumkan pengagihan dividen adalah 4.60 sen seunit.

Pengumuman secara sidang maya Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini secara tidak langsung memaparkan penurunan berbanding tahun 2021 iaitu 5.00 sen seunit, di mana tahun ini telah mencatatkan pengagihan dividen dengan 3.35 sen seunit bersama bonus 1.25 sen seunit.

Namun pembahagian dividen tahun ini turut melibatkan pengagihan bonus tambahan sekitar 0.50 sen seunit. Pengagihan bonus tamabahan ini melibatkan 30,000 unit pertama ASB sahaja. Ia bermakna kumpulan tersebut terima 5.10 sen seunit ASB.

Secara menyeluruhnya jumlah pembayaran pengagihan adalah sekitar RM8.9 bilion membawa manfaat kepada 10.6 juta pelabur.