Artikel

Sejumlah 190,170 Pekerjaan Kini Diiklankan Secara Atas Talian – Sedikit Menurun 5.9%

Sehingga suku ketiga 2022, didapati sejumlah 190,170 kekosongan pekerjaan telah diiklankan secara atas talian pada platform negara. Angka tersebut dilihat sedikit menurun 5.9% berbanding penawaran pekerjaan bagi data tahun ke tahun.

Mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kekosongan ini melibatkan penyertaan 39,472 buah syarikat pada suku ketiga 2022. Ini lebih rendah berbanding suku kedua dengan 46,283 buah syarikat menawarkan kekosongan pekerjaan.

Berdasarkan penawaran pekerjaan dalam sektor ekonomi, dilihat sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Pembaikan Bermotor dan Motorsikal menjadi sektor kekosongan tertinggi dengan 45,150 penawaran pekerjaan, diikuti Pembuatan (40,903), Profesional, Sainstifik dan Teknikal (21,150), Penginapan dan Perkhidmatan Makanan Minuman (13,161) dan Aktiviti Kewangan dan Insurans Takaful (13,141).