Artikel

60% Jualan Produk Permainan, Disumbang Orang Dewasa Berbanding Kanak-Kanak

Tidak hanya kanak-kanak sahaja yang teruja akan permainan, namun orang dewasa juga turut menyukainya.

Kenyataan ini dapat diperlihat apabila 60% pertumbuhan jualan industri permainan telah disumbangkan oleh orang dewasa atau dikenali sebagai ‘kidults’. Tinjauan NPD Group memaparkan satu perempat daripada mainan yang dijual disetiap tahun disumbangkan orang dewasa.

Kanak-kanak ini diperhatikan menjadi komponen terbesar dalam sumber pertumbuhan industri permainan. Ini kerana meskipun jualan industri telah merosot 3% bagi 9 bulan pertama 2022 namun hasilnya telah meningkat 3% susulan ketersediaan kumpulan ini membeli permainan walaupun harga di bawah tekanan inflasi yang tinggi.

Lebih menarik perbelanjaan tersebut adalah untuk diri mereka sendiri, bukan kanak-kanak.

Mengikut data NPD, kecenderungan pembelian permainan ini dicetuskan kepada sentimen nostalgia – membawa pengguna dewasa mengimbau kepada zaman kanak-kanak mereka. Antara minat yang diperlihat pada kumpulan ini adalah seperti pembelian permainan papan, permainan adiwira serta koleksi terhad.

Ekoran peningkatan yang membrangsangkan daripada kumpulan dewasa ini – pembangun permainan turut mempelbagaikan medium produk mereka antaranya melalui filem. Terbaharu kita dapat lihat penampilan Mattel pada filem Barbie dan Hasbro pada filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves, tidak lama lagi. 

Selain itu, koleksi melibatkan permainan edisi seperti Lego dan Hot Wheels turut mengetengahkan nostalgia dalam kalang pengguna dewasa. Misalnya untuk Malaysia, Hot Wheels baru-baru ini memaklumkan akan bekerjasama dengan Proton untuk penghasilan model Proton Saga Edisi 1985. Langkah itu secara langsung akan terus menggalakkan penyertaan dewasa dalam pembelian produk permainan dari semasa ke semasa.