Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikatnya Vantage RE kini berjaya raih kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) ladang solar di UK bersama BELECTRIC.
Usaha tersebut sekaligus membolehkan TNB mengembangkan portfolio penjanaan tenaga solarnya di UK.
Perolehan itu akan memperlihatkan peranan Vantage RE dalam memantau pelaksanaan projek dengan matlamat menjana tenaga bersih memenuhi keperluan tahunan 37,000 kediaman. Malah kemudahan ini turut menghindari pelepasan lebih 46,750 tan karbon dioksida (CO2) berbanding penjanaan bahan api fosil.
Adanya insiatif ini ia selari menyokong agenda biodiversiti TNB yang lebih luas dan mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Kelestarian TNB.