Pada pertengahan November lalu, Nationwide Express syarikat kurier negara yang telah beroperasi selama 37 tahun itu memaklumkan akan menamatkan operasi mereka.
Susulan langkah itu, kini dilaporkan sebahagian pekerjanya mula menuntut tunggakan gaji serta pampasan berhubung tindakan operasi yang memberhentikan pekerja secara berperingkat sehingga Januari 2023 kelak.
Mengikut laporan sekitar 680 pekerja telah terjejas dan telah menerima notis pemberhentian pada 1 Disember lalu. Dijangka penguatkuasaan pemberhentian pekerja ini akan bermula pada 22 Disember sehingga 24 Januari kelak.
Antara kesan yang didepani adalah tunggakan gaji, tidak menerima bayaran penuh serta penangguhan gaji mengakibatkan perolehan elaun, KWSP turut tertangguh.