Malayan Banking (Maybank) mula menawarkan pilihan cuti bergaji sebulan pada setiap tahun buat para pekerjanya, bagi penyertaan kerja-kerja sukarelawan. Pilihan itu antara inisiatif pihak bank untuk mengalakkan pemacuan kemampanan lestari dalam operasinya.
Usaha tersebut dilihat selari dengan matlamat kemampanan dan kesukarelawan di bawah Maybank. Di mana pihaknya menyasarkan penglibatan pekerja dalam aktiviti sedemikian akan membantu meningkatkan daya pemikiran kalangan pekerja.
Adanya dasar ini ia membolehkan kakitangan Maybank terlibat dalam aktiviti sukarelawan di tempat, pilihan dan masa mereka sendiri.
Setakat akhir 30 September, pekerja Maybank telah melepasi sasaran tahunan dengan hampir 1.09 juta jam mencatatkan kemampanan dengan 56% daripada jumlah jamĀ dibelanjakan untuk aktiviti yang menyumbang kepada komitmen kemampanan Maybank.