Kabinet hari ini bersetuju memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di kawasan Sabah kepada kerajaan negeri terbabit. Pemindahan kuasa ini melibatkan di peringkat Petronas dan di peringkat persekutuan.
Untuk makluman tindakan itu adalah sebahagian usaha negara untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 bersama Sabah.
Menurut PM Anwar, tarikh pelaksanaan tersebut akan ditentukan selepas perkenan Yang di-Pertuan Agong dijalankan, setakat ini kelulusan di peringkat Jemaah Menteri telah dicapai.
Buat pengetahuan umum, langkah seumpama ini bukanlah kali pertama – sebelum ini pernah dilaksanakan di Sarawak.